SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

14 Ogos, 2011

SOALAN 4

“Persoalan nasionalisme dan ekonomi dalam karya-karya awal Kesusasteraan Melayu moden telah pun bermula sejak tahun1930-an”. Berdasarkan pernyataan di atas, a. Nyatakan dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut. [ 4 ] b. Jelaskan dengan memberikan contoh, dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an. [12] c. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan persoalan nasionalisme dan Ekonomi diperkatakan dalam karya-karya sastera tahun 1930-an. [ 9 ] Rangka Jawapan: (a). dua golongan penulis yang terlibat dalam membawa persoalan di atas serta berikan nama dua tokoh tersebut. Golongan Penulis i. Penulis Guru (1 markah) ii. Penulis Wartawan (1 markah) Nama tokoh i. Muhammad Yassin Maamor (1 markah) ii. Ishak Hj. Muhammad (1 markah) (b). dua bentuk persoalan ekonomi dan dua bentuk persoalan nasionalisme pada tahun 1930-an. (i) dua bentuk persoalan ekonomi Fakta 1: Kelemahan ekonomi orang Melayu Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonmi di Tanah Melayu menimbulkan perasaan curiga dan kebencian Orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu mengganggap kedatangan kaum pendatang terutama orang cina adalah untuk membolot ekonomi Tanah Melayu.Cerpen-cerpen Dari Perangkap ke penjara, kemudian Lalu ke Syurga, Dolly Bidadari dari Shanghai karya Ishak Hj.Muhammad mengemukakan persoalan dia atas. Fakta 2: Penipuan orang bukan Melayu Kelicinan orang-orang bukan Melayu di dalam kegiatan ekonomi, mereka menggunakan tipu muslihat dalam mempengaruhi para pembesar untuk memperolehi hak dan kekayaan di Tanah Melayu. Cerpen ”Cerita Awang Putat” karya Abd. Rahim Kajai yang mengisahkan seorang DKK, Cikgu Majid Syah yang bersekongkol dengan Ah Kau untuk menipu dan menguasai ekonomi tetapi akhirnya disedari oleh Awang Putat. Fakta 3: Kebaikan berkerja sendiri / perniagaan Kegiatan bertani, berniaga dan membuka perusahaan-perusahaan lain juga diberi penekanan dan sekiranya ia dijalankan dengan baik maka pendapatannya adalah jauh lebih baik daripada kerja makan gaji. Cerpen Jangan Berharapkan Makan Gaji, (Warta Ahad, 28 Feb. 1937) karya Abang Port Swettenhem. Mengisahkan kelebihan kerja sendiri. Fakta 4: Sikap orang Melayu yang boros dan membazir. Kebiasaan orang-orang Melayu mengamalkan berbelanja banyak dan membazir ketika mengadakan majlis-majlis kenduri atau nikah kahwin. Antara cerpen-cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah ”Seorang Ahli Perkebunan Dengan Anak-Anaknya” (Masa Jun-Nov, 1927) karya Zabha Ch.s yang mengisahkan tentang Si suami yang mahu mengadakan majlis perkahwinan anaknya secara sederhana, tetapi isterinya mahu mengadakan majlis secara besar-besaran. Fakta 5: Sikap golongan raja / pembesar yang sanggup mengkhianati bangsa. Golongan raja / pembesar Melayu yang mudah diumpan dengan wang ringgit oleh kaum pendatang yang hendak menguasai ekonomi Tanah Melayu terutamanya untuk dapat tanah-tanah lombong. Cerpen :Tengku Achar Diraja Paku Alam” karya Abu Bakar Ali, mengisahkan sikap pembesar Melayu ynag mudah dipergunakan oleh kaum pendatang. (b). dua bentuk persoalan nasionalisme Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah. Sikap tersebut terjelma kesan daripada perkembangan Politik di tanah Melayu antaranya tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda tahun 1937, walau bagaimanapun sikap itu Dilahirkan dalam bentuk sindiran yang tidak begitu tegas namun sikap yang lebih jelas dan berani hanya dikemukakan Oleh Ishak Hj. Muhammad dalam cerpennya bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang” iaitu katanya “Orang putih sangat sombong dan khianat” Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air Sikap penjajah yang menekan pribumi(pemerintahan) kaum pendatang yang menguasai ekonomi negara kesannya menyedarkan anak bangsa untuk membebaskan tanah air dari terus dijajah oleh penjajah. Judul Karya: Cerpen Cermin Pergaulan Hidup oleh Shamsuddin Salleh mengisahkan kesedaran anak bangsa tentang kaum pendatang yang diberi peluang oleh British sehingga menguasai ekonomi Tanah Melayu. Fakta 3: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu Contoh:Judul Karya: “ Nasib Pengarang Muda Penulis: Muhammad Yassin Maamor Ulasan:menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dengan menyeru mereka agar bersatu padu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun. Fakta 4: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu. Sikap penjajah yang lebih mengutamakan kaum pendatang sehingga mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu, menyebabkan orang Melayu mulai sedar tentang ancaman dan boleh mengugat ekonomi Orang Melayu. “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940 Ishak Hj. Muhammad watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu. Fakta 5: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa. Sikap raja-raja dan para pembesar Melayu yang mengutamakankKepentingan peribadi tanpa mempedulikan nasib anak bangsa dilihat sebagai perbuatan khianat terhadap anak bangsa sendiri Cerpen Anak Dibuat Denak oleh Ishak Hj.Muhammad kisah Datuk Getah Para yang bersekongkol dengan tauke Tong Sam Pah membuka ladang getah demi kepentingan peribadi tanpa mengira nasib anak bangsanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan