SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

14 Ogos, 2011

SOALAN 3

Faktor-Faktor Perkembangan Genre Cerpen Zaman Sebelum Perang (1920-an hingga 1940-an) Faktor :Perkembangan alat Cetak Pemodenan dalam alat cetak membuka ruang kepada perkembangan akhbar dan Majalah yang merupakan wadah utama bagi genre cerpen pada era sebelum perang. Sepanjang tempoh 1920 hingga 1941 sebanyak 734 buah cerpen mengisi ruang sastera dalam akhbar dan majalah Melayu pada era tersebut. (Ruj:Othman Puteh: Pertumbuhan dan perkembangan Cerpen Melayu Moden Sebelum Perang Dunia Kedua. Hlm.156) Faktor: Penglibatan Institusi penerbitan / Akhbar dan Majalah Syarikat-syarikat penerbitan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan akibat daripada perkembangan alat cetak menjadi cukup signifikan dengan perkembangan genre cerpen. Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen. Antara surat khabar dan majalah yang terpenting yang menyiarkan cerpen ialah Majalah Guru, Warta Jenaka, Warta Ahad, Utusan Zaman dan Mastika. Faktor: Perkembangan Sistem Pendidikan (Agama dan Sekular) Perkembangan sistem pendidikan menerusi sekolah-sekolah Melayu / agama memberi lebih ruang kepada orang Melayu belajar menulis dan membaca . Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak menjadi pemangkin dalam perkembangan genre sastera. Ini berikutan terbentuknya Pejabat Karang Mengarang (PKM) yang memberi tunjuk ajar dan latihan menulis kepada guru-guru Melayu dalam penulisan karya-karya kreatif termasuklah genre cerpen. Hasilnya ramai kalangan lepasan SITC terlibat secara langsung dalam perkembangan genre cerpen antara mereka ialah, Yusof Adil, Pungguk, Kasmani Hj. Arif, Harun Muhammad Amin, Abdullah Yahya, Yusof Arshad dan Abdullah Sidek. Faktor: Pertembungan Kebudayaan Timur dengan Kebudayaan Barat Pengarang-pengarang yang lahir pada era ini melihat pengaruh buruk dan gejala negatif boleh membawa keburukan bagi survival orang Melayu. Senario ini telah mendorong mereka berkarya bagi memberi kesedaran kepada orang Melayu hasilnya terhasillah cerpen-cerpen yang membawa persoalan tentang Persoalan moral yang turut menyentuh soal-soal keruntuhan akhlak kesan pengaruh budaya barat Faktor: Dasar penjajah / modenisme barat dengan membawa masuk imigran dari China dan India.Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur. Faktor: Pertambahan bilangan penulis (Kesan langsung pertambahan bilangan akhbar dan majalah)Peningkatan ini berlaku kerana akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan khas bagi cerpen memerlukan ramai penulis bagi mengisi ruangan tersebut.Sepanjang tahun 1920-an seramai 42 orang penulis muncul namun pada tahun 1930-an seramai 216 orang penulis cerpen telah dapat dikesan. (Ruj: Hashim Awang: Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia kedua. Hlm: 7) Faktor: Perubahan Gaya Hidup Moden / Pengaruh urbanisasi(bandar) Kalangan penulis guru dan wartawan yang berhijrah ke kota-kota , mereka prihatin terhadap segala perubahan yang menjelikkan akibat urbanisasi.Perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan mereka pancarkan melalui genre cerpen antaranya cerpen “Menyelam di Lautan Percintaan” dan “Gelombang Hidup” Yusof Adil “Salah Sendiri” oleh Penulis Khas Tanjong Malim (Harun Aminurashid) “Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti”-(tanpa nama pengarang) Faktor: Perubahan Gaya Hidup Yang Bertentangan dengan ajaran Islam Gaya hidup barat yang mulai menular di kalangan muda-mudi bandar serta pengaruh pendakwah-pendakwah kristian amat mengusarkan penulis-penulis cerpen Kebimbangan ini mereka salurkan melalui cerpen-cerpen berikut antaranya,”Siapa Salah” oleh Melati Sarawak, “Bertukar Agama Kerana Cinta” oleh Abdul Rahman Hj.Ahmad dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” oleh Penulis Khas Tanjong Malim. Faktor: Perkembangan Politik dan kebangkitan semangat nasionalisme Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan