SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

26 Ogos, 2011

Definisi Sajak Dalam Mutiara Sastera Melayu Moden

MAKSUD SAJAK-SAJAK DALAM MUTIARA SASTERA MELAYU MODEN Membunuh Mimpi oleh : Usman Awang Rangkap 1 Penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak gadisnya Mayawati yang sudah meningkat usia remaja, supaya mengikis perasaan malu, perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan. Semuanya adalah bukan realiti dalam kehidupan sebenarnya. Rangkap 2 Impian dan harapan adalah keanihan ciptaan Tuhan untuk manusia. Tetapi jika ianya tidak ditangani dengan betul akan membawa padah, jiwa jadi resah gelisah dan mereka akan kecewa apabila impian yang diharap-harapkan itu berlainan daripada kenyataan hidup sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman. Rangkap 3 Penyajak berharap agar anak gadisnya jangan mengikut jejak langkahnya yang selama ini selalu mengimpikan hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan. Bagi penyajak baru kini dia sedar tentang realiti kehidupan yang sebenarnya. Rangkap 4 Penyajak berharap agar anaknya tidak terlalu bergantung kepada impian indah yang di luar dunia nyata kerana impian adalah pembohongan dalam dunia khayalan yang penuh fantasi. Rangkap 5 Dalam menghadapi realiti kehidupan yang lebih mencabar, penyajak berharap agar anaknya itu menanamkan semangat keberanian dan kecekalan hati serta mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan. Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos oleh: Kemala Rangkap 1 Pada setiap kali tibanya bulan kemerdekaan rakyat Malaysia akan mengenangkan kembali tarikh negara kita mencapai kemerdekaan yang menandakan negara kita sudah bebas dan menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat. Detik-detik hitam di bawah belenggu penjajahan telah berlalu dan yang tinggal kini menjadi lipatan sejarah untuk dikenang pada masa hadapan. Rangkap 2 Dalam usaha mencapai kemerdekaan, para pahlawan dan pemimpin sanggup berkorban / gugur demi untuk melihat tanah air merdeka. Kenangan terhadap mereka mengundang rasa sedih kerana kesanggupan mereka berkorban demi untuk melihat negara tercinta bebas dari belenggu penjajah. Rangkap 3 Bila menjelangnya bulan kemerdekaan generasi baru tidak lagi mengenangnya sebagai satu bulan yang penting kerana dalam kehidupan moden yang penuh dengan dugaan dan cabaran menyebabkan perjuangan menuntut kemerdekaan sudah tidak lagi menjadi satu isu / peristiwa yang penting untuk diingati. Rangkap 4 Penyajak berharap agar bulan Ogos (kemerdekaan) akan membawa kesedaran perlunya semangat nasionalisme dan patriotisme dipupuk dalam kalangan generasi muda Pengait Tua oleh Muhammad Haji Salleh Rangkap 1 Penyajak menceritakan tentang seorang wanita tua yang duduk di atas bangku di tepi pantai. Dia sudah lama berada di situ sehinggakan kakinya sudah terbenam di dalam pasir Rangkap 2 Pada usia mudanya, wanita itu telah mendidik dan membesarkan anak-anaknya dengan segala usaha walaupun terpaksa berkorban demi untuk kelangsungan/ kesejahteraan hidup anak-anaknya. Harapannya agar anak-anaknya yang tinggal jauh akan kembali nanti bersama cucu-cucunya bagi mengubat rindu. Tetapi malangnya mereka tak kunjung tiba . Rangkap 3 Perempuan itu tetap sabar dan setia menunggu tanpa mempedulikan orang dia tetap menunggu dan menanti Keindahan yang Hilang oleh Shamsuddin Jaafar Rangkap 1 Kedengaran bunyi kicauan burung undang tua, yang berada dalam keadaan yang menyedihkan akibat pencemaran udara dan air. Rangkap 2 Sebelumnya flora dan fauna masih terjaga dan terpelihara. Suasana sungai yang jernih dan indah, dengan hutan yang masih belum diterokai menjadikan kita menyintai kedamaian Rangkap 3 Tapi kini segala-galanya telah berubah. Semuanya telah musnah dan tiada lagi keindahan. Rangkap 4 Dunia sains yang semakin canggih dan segala kemajuan yang dicapai menyebabkan manusia boleh meneroka cakerawala dan angkasa lepas. Rangkap 5 Kehidupan burung-burung semakin terhimpit oleh situasi kotor yang mengakibatkan sungai turut tercemar. Siapakah nanti akan bertanggungjawab bagi memberikan penjelasan kepada generasi akan datang atas kemusnahan ini. Rangkap 6 Keadaan sekarang tidak lagi seindah seperti pada waktu-waktu dahulu Kunci oleh : T.Alias Taib Rangkap 1 Dengan segala kudrat yang ada pada diri penyajak, dia cuba untuk meluahkan perasaan tentang keperitan/kesusahan hidup yang sekian lama terpendam dalam lubuk hatinya yang sebelumnya cuba diselindungi. Beliau juga mahu menyatakan segala-galanya tentang keperitan hidup yang dialami. Tujuannya agar semua tahu / faham walaupun dalam kesejahteraan tetapi masih ada yang berlapar, walaupun dirinya dikelilingi dengan dunia yang mewah dan makmur. Rangkap 2 Dengan segala keupayaan yang ada penyajak cuba juga untuk mencari jalan bagi mengatasi pelbagai dugaan serta kesedihan dan harapannya yang masih tidak mendapat perhatian. Senario ini seperti cerita seorang buruh yang terpaksa bekerja keras walaupun penuh kotoran namun tetap berusaha menampung sisa-sisa kehidupannya. Beliau hanya berupaya berserah kepada nasib tentang masa depannya dan mengharapkan doa daripada kawan-kawannya Rangkap 3 Dengan pancaindera mata, penyajak dapat melihat kehidupan ini penuh keanihan dan penuh tanda tanya yang memang sukar lagi menyulitkan umpama ketika mendaki puncak Kinabalu yang penuh ranjau semata-mata mahu mencapai segala apa yang dicita-citakannya. Rangkap 4 Penyajak yang dibelenggu dengan pelbagai masalah mengambil langkah membuang semua masalah tersebut jauh dari pemikirannya. Doa Terakhir oleh : Zaihasra Rangkap 1 Penyajak menceritakan pengalamannya ketika bersama ibu yang disayanginya disaat kematian ibunya. Perasaan sedih tidak dapat disembunyikan saat ibunya hendak meninggal dunia . Rangkap 2 Penyajak mengenang kembali kehidupan silam ibunya yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam membesarkan anak-anaknya. Namun penyajak berasa kecewa kerana penyajak tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibunya. Penyajak turut berasa kesal kerana kini ibu yang disayanginya telah meningggalkannya. Rangkap 3 Penyajak melahirkan perasaan sedihnya, penyajak turut memohon maaf daripada ibunya kerana mungkin selama ini ada perbuatanya yang telah melukakan hati ibunya. Penyajak sedar akan cubaan dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh ibunya semasa hidupnya menyedarkan dan menginsafkan penyajak kemungkinan penyajak telah melakukan kesalahan terhadap ibunya. Rangkap 4 Penyajak redha dengan kematian ibunya, peritiwa tersebut telah membangkitkan semangat penyajak untuk menempuh kehidupan yang mendatang. Rangkap 5 Kenangan dan ingatan terhadap ibunya yang tercinta memanggilnya untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama merantau. Rangkap 6 Penyajak menyatakan walaupun mereka terpisah namun perasaan sayang dan kasih kepada ibunya tetap abadi, dalam setiap doanya, penyajak berharap agar ibunya sentiasa berada dalam ketenangan dan kedamaian dan penyajak pasti di akhirat mereka pasti akan bertemu. Bulan Berdarah oleh Nahmar Jamil Rangkap 1 Penyajak menganggap bulan sebagai agama Islam yang suci dan penuh kecantikan. Namun ada sahaja perkara-perkara yang berlaku sehingga ia mengalami perubahan. Ianya tidak lagi seperti dulu. Semuanya menjadi lapuk ditelan masa. Rangkap 2 Pada waktu zaman kanak-kanak penyajak gembira dan bahagia menerima Islam dan perasaannya lebih bersemangat semasa remaja melihat kebangkitan Islam. Rangkap 3 Penyajak melihat bulan sebagai lambang agama Islam yang mana ianya dianuti oleh seluruh umat tanpa adanya sempadan. Islam agama yang tidak mementingkan puak mahupun warna kulit. Islam yang diterima sejak dulu menjadi asas kehidupan yang berakhlak berteraskan kepercayaan wujudnya akhirat. Rangkap 4 Islam sekarang dilanda peperangan yang membawa kepada kematian. Kesedihan itu turut dirasai di negara kita dan berlaku juga di Afghanistan, Iran dan Iraq. Kesedihan ini turut dikongsi bersama dengan umat Islam seluruh dunia. Penyajak mempersoalkan bilakah kesudahannya nanti. Rangkap 5 Penyajak berasa sedih sehingga menitiskan air mata hiba bersama nasib mangsa perang Palestin, Moro, Pattani, Eritra yang ditindas dan dizalimi sedangkan di negara kita Islam agama yang dinobatkan menjadi perbalahan antara pihak kepalsuan dan kebenaran. Rangkap 6 Islam menjadi mangsa kezaliman sejak zaman dahulu lagi seperti keadaan umat Islam di timur tengah yang terus menderita dan tertindas tetapi penyajak terus berjuang tanpa putus asa dan teguh dalam mempertahankan akidah walaupun menemui kematian. Rangkap 7 Keadaan umat Islam yang tertindas menyebabkan penyajak tidak dapat melelapkan mata dan penyajak berharap agar para pejuang yang gugur syahid itu menjadi penghuni syurga yang dijanjikan kemenangan seperti umat Islam pada awal zaman perkembangan syiarnya. Laut oleh : J.M.Aziz Rangkap 1 Bagi penyajak laut adalah tempat dia membina kehidupan / mencari rezeki untuk hidup yang membebaskan dirinya dari keperitan hidup. Rangkap 2 Penyajak juga merasakan laut adalah sesuatu yang sukar tetapi penuh bererti dalam hidupnya sebagai nelayan. Rangkap 3 Bagi penyajak laut adalah harapannya untuk terus hidup walaupun penuh kepayahan dan penderitaan hidup. Rangkap 4 Walaupun sukar dan susah kerana cabaran di laut yang penuh dengan pancaroba, namun ia tetap memberikan suntikan semangat motivasi bagi nelayan berjiwa kental tetap tabah untuk terus berusaha walaupun terpaksa berdepan dengan rintangan dan halangan. Rangkap 5 Laut adalah tempat nelayan mencari pendapatan sama ada nelayan pinggir pantai atau nelayan laut dalam. Laut menjanjikan sumber rezeki daripada Ilahi yang tidak dapat dinilai serta terjangkau oleh akal fikir manusia. Rangkap 6 Laut membawa ketenangan dan kedamaian dari segi hiruk pikuk kota dan laut adalah tempat para nelayan bergantung nasib. Sewaktu Melintasi Kundasang oleh : Lim Swee Tin Rangkap 1 Penyajak menceritakan pengalamannya ketika melalui daerah Kundasang di kaki gunung Kinabalu dengan sinaran cahaya matahari yang memancarkan cahayanya, menjadikan kawasan Kundasang tempat yang subur dengan sayuran tanah tinggi. Kedamaian dan keharmonian tempat itu menceriakan perasaan penyajak kerana Kundasang masih mengekalkan warisan alam yang masih belum diterokai. Rangkap 2 Kehidupan penyajak di kota yang sibuk dan nilai-nilai kemanusiaan sesama manusia yang semakin hilang. Penyajak berasa kagum dengan ciptaan Tuhan yang mendamaikan walaupun Kundasang masih belum moden namun tempat itu adalah tempat yang cukup membahagiakan penyajak. Rangkap 3. Suasana di Kundasang yang sejuk dengan jalan-jalan yang berliku. Angin dingin sentiasa bertiup mengusapi pohon-pohon, longgokan batu dan serpihan tebingnya. Ketika melintasi kawasan Kundasang, terasa oleh penyajak akan kelembutan suasananya yang kalau boleh digunakan untuk mengubah watak kasarnya. Ke Ruang Katarsis oleh : Zaen Kasturi Rangkap 1: Setelah sekian lama di buai lena dan mimpi indah yang penuh dengan harapan tidakkah kita mempelajari sesuatu dari sejarah silam tentang perjuangan dan pengorbanan serta kesengsaraan para pejuang yang terdiri daripada nenek moyang kita, kealpaan kita pastinya akan menyebabkan mereka sedih dan kecewa. Rangkap 2: Kebimbingan serta kerisauan terhadap generasi muda yang lupa akan sejarah silam pasti merebak hingga ke kawasan pedalaman dan akan menjadi ancaman kepada anak watan. Rangkap 3: Mungkin kitalah bangsa yang hanya mengejar impian kosong kerana sanggup merelakan orang luar mendapatkan hasil mahsyul yang ada di negara kita, sehingga kita menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri. Rangkap 4: Ketakutan dan kebimbangan sebenarnya hanyalah pada pandangan kita,dan seringkalinya ia dilafazkan hingga ianya menjadi semakin merebak. Rangkap 5: Kita tidak pernah mempersoalkan tentang insan yang tidak menerima hakikat kejadian insan itu sendiri yang sukar untuk berubah demi nilai-nilai baik. Masih ada lagi insan yang memperkatakan tentang keagungan dan kemuliaan bangsa kita. Tetapi kita sering terlupa bahawa suatu masa dahulu kita adalah bangsa yang berdaulat. Rangkap 6: Negara kita pernah berdepan dengan peristiwa duka dan kesengsaraan hingga ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam sehingga mengugat pegangan bangsa mengakibatkan beralih arah tujuan hidup bangsa. Rangkap 7: Suatu hari nanti kita pasti akan menguburkan bangsa sendiri jika membiarkan anak bangsa terus menagih dadah. Mereka umpama mayat yang menimbulkan kesulitan untuk menempatkan mereka sama ada untuk mengasingkan mereka terus ke suatu kawasan yang jauh terasing dari masyarakat. Padahal kita mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh menyumbangkan idea bagi mengatasi masalah tersebut. Sanggupkah kita menyesal dikemudian hari jika kita tidak berbuat sesuatu sekarang. Rangkap 8 Jika kita tidak lakukan sesuatu kita pasti akan menyaksikan bangsa kita akan hilang pengaruhnya, suara bangsa kita tidak akan diberi perhatian dan ini sangat menyedihkan. Rangkap 9: Ayuh wahai anak bangsa kita cari ketenangan dan kedamaian, kerana kita perlu perjuangkan maruah bangsa agar kita menjadi bangsa yang dihormati dan disegani. Rangkap 10: Perihalkanlah kepada generasi muda hakikat kehidupan sebenar agar mereka mengerti erti kehidupan , berikan mereka harapan yang tinggi serta berikan juga ilmu agama agar kehidupan mereka selamat. Kuali Hitam oleh : Zurinah Hassan Rangkap 1 Sebiji kuali yang sudah hitam warnanya menjadi teman ibu penyajak siang dan malam. Rangkap 2 Kuali hitam yang digunakan untuk memasak itu menjadi penghibur ibu dan ketika itu penyajak dan adik-beradiknya menunggu untuk makan. Rangkap 3 Kuali hitam itu sudah lama digunakan. Rangkap 4 Ibu menyayangi kuali hitam itu. Lengan ibu pernah diserap abu hitam manakala mata ibu pernah dimasuki serbuk arang. Dahi dan kulit ibu pernah cedera ketika menggunakan kuali hitam itu. Rangkap 5 Ibu bahagia jika dapat menghidangkan makanan yang dimasak menggunakan kuali itu. Ibu lebih bahagia apabila melihat penyajak dan adik-beradiknya kekenyangan. Rangkap 6 Apabila penyajak dan adik-beradiknya terlena kekenyangan, mereka tidak dapat mendengar ibu batuk dan sesak nafas. Rangkap 7 Kuali itu sangat lama berjasa sehinggalah mereka dewasa. Rangkap 8 Di rumah penyajak, tidak ada kuali hitam seperti di rumah ibunya. Penyajak menggunakan kuali non-stick. Kuali itu mahal dan dijaga rapi oleh penyajak. Rangkap 9 Ibu bertandang ke rumah penyajak di bandar. Ibu yang rajin telah memasak untuk penyajak sekeluarga. Rangkap 10 Selepas memasak, ibu menyental kuali itu dengan berus yang kasar. Penyajak menjerit kerana ibu telah merosakkan kuali itu. Rangkap 11 Ibu mendiamkan diri dan penyajak tahu bahawa hati ibunya tersentuh. Wajah penyajak yang bengis membuatkan ibu mungkin menangis. Rangkap 12 Penyajak menyesali keterlanjurannya terutama setelah ibu meninggal dunia. Penyajak juga menyesal kerana dia seolah-olah mengukur nilai kasih sayang dengan harga sebiji kuali. Rangkap 13 Tidak ada apa-apa lagi di rumah ibu penyajak. Kuali hitam yang tinggal terbiar begitu sahaja. Penyajak mempersoalkan, adakah dia dan adik-beradiknya dapat menghitung nilai kasih sayang ibu mereka. www.sibermerdeka.com.my oleh A.Ghafar Ibrahim Rangkap 1 Dalam diri penyajak, terdapat banyak perancangan bagi membebaskan segala macam masalah / kesusahan yang terpaksa ditempuhi. Rangkap 2 Dalam pemikiran penyajak, penyajak cuba mencari jalan penyelesaian agar kehidupannya tidak mudah dipergunakan. Rangkap 3 Dalam kehidupan penyajak sering berdepan dengan dugaan dan rintangan untuk menguji kesabaran dan keimanan Rangkap 4 Walaupun berasa dirinya hebat, namun seringkali juga penyajak terpedaya dengan godaan nafsu Rangkap 5 Penyajak sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dengan tekad untuk berubah ke arah kebaikan. Rangkap 6 Dalam meniti usia dewasa, penyajak semakin matang dan tidak mudah panik serta terpengaruh dengan kata-kata. Rangkap 7 Dalam era globalisasi, penyajak sentiasa muhasabah diri mencari erti kehidupan agar perjuangan tidak mudah tewas. Rangkap 8 Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Kenangan demi kenangan berlalu begitu sahaja, nasihat penyajak agar kita tidak mempersia-siakan hidup dengan mengabadikan diri pada tuhan. Semoga segala usaha yang kita lakukan selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan…….… Selamat maju jaya.

Soalan 1

DRAMA: MALAM INI PENYU MENANGIS SOALAN: Berdasarkan drama "Malam ini Penyu Menangis" karya Nordin Hassan seperti yang terdapat dalam teks Mutiara sastera Melayu Moden: (a) Bukitkan bahawa drama ini bukan bersifat realisme. (9 markah) (b) Jelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam drama ini. (16 markah) Contoh Jawapan: soalan (a) ciri-ciri yang memperlihatkan dama ini bukan bersifat realisme ialah: i. penggunaan unsur simbolik: -terdapat satu lembaga hitam yang besar kakinya untuk memperlihatkan tentang JM Aziz mula diserang penyakit kusta. ii. menyelitkan unsur tarian dan nyanyian: -membawa mesej-mesej tertentu kerana ia mengaitkan peristiwa yang sudah berlaku ataupun akan berlaku. iii. penggunaan puisi yang meluas: -penggunaan puisi yang meluas dalam drama inimemperlihatkan adanya penyelitan unsur hiburan walaupun puisi-puisnya berkait rapat dengan jalan cerita. Pengarang cuba mengimbau khalayak dengan unsur-unsur seni yang ketara melalui persembahanya. Soalan (b) pengajaran-pengajaan yang terdapat dalam drama ini ialah: i. pentingnya kita mengharga jasa anak seni: -menerusi drama ini, dapat dilihat dengan jelas bagaimana pementasan drama ini merupakan penghargaan terhadap jasa J.M. Aziz dalam bidang seni. ii. pentingnya kasih sayang dan simpati: -dijelaskan kasih sayang Minah menjaga Mamat dengan penuh perhatian. Begitu juga denan Cik Lijah yang menjaga J.M. Aziz dengan baik ketika J.M. Aziz mengidap penyakit kusta. iii. kta handaklah gigih dalam menjalani kehidupan seharian: -drama ini menceritakan tentang kegigihan J.M Aziz dalam menjalani kehidupan sehariannya terutama selepas beliau mengidap penyakit kusta. Beliau terus menghasilkan luisi-puisi walaupan menanggung penderitaan. iv. kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. -dalam drama ini, diceritakan mengenai semangat cinta akan tanah air menerusi watak J.M. Aziz dan juga Nik yang berkhidmat sebagai polis hutan. Ketika ini, mereka menentang komunis.

24 Ogos, 2011

Soalan 1

SOALAN: Teknik imbas kembali dan imbas muka agak ketara dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.Huraikan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. (25 markah) Contoh Jawapan: Imbah Kembali: Tan Sri Syed Aris mengingatkan isterinya tentang kebesaran dajat keturunan Syed. -menurut Tan Sri Syed Aris, orang yang membesar-besarkanketurunan Syed ialah orang biasa, bukannya di kalangan keturunan Syed. Suatu masa dahulu, dijelaskan bahawa walid tidak suka tangannya dicium, tetapi tangannya dicium juga kkerana anak-anak raja yang menjadi anak muridnya. Ingatan Encik Muhammad dan rakannya kepada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. -Pada zaman itu, penduduk tempatan terpaksa makan pucuk paku dan ubi kayu untuk meneruskan hidup. Cerita lama yang disampaikan oleh Imam Saad kepada Sudin tentang kisah keturunan mereka. -menurut Imam Saad, moyang Sudin bersama Lebai Masli datang ke kampung tersebut datang ke kampung tersebut pada zaman Orang Kaya Datuk Indera Mat Saman' Lebai Masli dihormati orang kerana ilmunya dan beliau mempunyai pondok. Datuk Mat Saman pun menghormati Lebai Maslidan berguru dengannya. Imbas Muka Encik Muhamad membayangkan nasib penduduk Kampung Pulai. -jika penduduk kamung tidak menjual tanah mereka kepada Syraikat lombong Lembah Tualang. Pada pandangannya, nasib buruk akan menimpa penduduk kampung tersebut. Mereka akan hidup miskin dan tinggal di pulau gersang yang dikelilingi oleh timbunan pasir bekas lombong. Bayangan Mahani tentang cabaran hidup yang bakal ditempuhi bersama Rahim. -ketika Mahani melihat cincin tunang di jari, dia seakan-akan tidak sabar menunggu kepulangan Rahim. Dia merasakan akan dapat menentang setiap penyelewengan yang dialami oleh bangsanya berdasarkan fahaman baru yang dibawa oleh Rahim nanti. Yang Berhormat membabyangkan masa depannya setelah bersara. -selepas bersara, YB membayangkan masa depannya yang cerah bersama Tauke Chan. Dia yakinakan mendapat bantuan daripada tauke tersebut untuk membesarkan kilang papannya dan kilang itulah yang akan menjadi sumber rezeki hidupnya selepas berhenti daripada menjadi wakil rakyat nanti. Posted by muhddamineat 8:13 AM

Soalan 1

Pelbagai isu yang digunakan oleh kritikus-kritikus sastera tanah air. (a) sebutkan 3 isu tersebut. (6 markah) (b) huraikan 3 isu yang anda sebutkan itu beserta peranan isu tersebut dalam usaha mengembangkan sastera tanah air. (16 markah) Contoh jawapan: Soalan (a) isu konsep pertentangan fungsi seni isu idealisme formalistik isu kaitan sastera dengan masyarakat Soalan (b) Konsep pertentangan fungsi seni: Bermula tahun 50-an ketika ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan. Pertentangan konsep: seni untuk masyarakat dan seni untuk seni Asraf memperjuangkan seni untuk masyarakat Hamzah Hussain memperjuangkan seni untuk seni. Konsep seni untuk mamsyarakat merupakan karya-karya yang berlandaskan mamsyarakat memandangkan masyarakat pada masa itu hidup dalam kemiskinan dan tertindas. Karya-karya yang memperjuangkan masyarakat amat disanjung tinggi kerana kandungannya memperjuangkan cita-cita masyarakat. Hal ini ditentang oleh Hamzah Hussain, namun dikatakan beliau gagal dalam perjuangannya. Pelbagai kritikan berlaku antara kedua-dua belah pihak. isu itu memankan peranan penting kerana karya semakin bertambah dan dianggap bermutu pada zamannya. Kedua-dua pihak berusuaha untuk menghasilkan karya-karya terbaik untuk memperlihatkan konsep yang mereka pegang itu bersesuaian atau bertepatan cita-cita seni mereka. Konsep idealisme formalistik Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya menjadikan kritikan lebih berdisiplin dan berilmu seperti Syed Huin, Ali Ahmad, Norzah, Hassan Ahmad dan Baha Zain. Kritikan jenis ini dimantapkan lagi dengan kemunculan Hashim Awang, Shahnon Ahmad, Yahya Ismail, Baha Zain yang mirip kritikan ala Barat. Kritikan lebih menitikberatkan keseimbangan antara persoalan estetik. Peranan penting kritikan yang membabitkan isu ini ialah kritikan yang dilakukan lebih mendalam jika dibandingkan kritikan zaman Aminuddin Baki pada tahun 40-an. Kaitan Sastera Dengan Masyarakat: Ketika perjuangan ASAS 50. slogan Seni Untuk Masyarakat yang mementingkan masyarakat dalam karya. Contoh tulisan Asraf ialah: Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu. Kassim Ahmad mengkritik novel Ranjau Sepanjang Jalan, Sajak; Sungai Mekong dan Sajak: Meditasi RSJ- tidak menepati reliti hidup petani dan bernada pesimis, SM-tidak bermanfaat kepada masyarakat. Dengan adanya kritikan-kritikan seperti ini, pengarang akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan karya-karya mereka Isu ini lebih menekankan realiti masyarakat dan sesuai untuk membentuk corak hidup masyarakat.

14 Ogos, 2011

SOALAN 8

Persoalan tentang nasionalisme orang Melayu misalnya telah menjadi perbincangan hebat dalam tema cerpen-cerpen sebelum perang ini,dan menurut Hashim Awang, hal ini lebih ketara setelah pertubuhan politik Melayu berkembang subur. Berdasarkan petikan di atas, a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 4 ] b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ] c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12] Skema Pemarkahan: a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. dua golongan penulis i. Golongan penulis guru 1 markah ii. Golongan penulis wartawan 1 markah dua nama tokoh i. Muhammad Yassin Maamor 1 markah ii. Ishak Hj.Muhammad 1 markah iii. Ab. Rahim Kajai 1 markah (lain-lain jawapan yang signifikan juga diterima) b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ] F1 : Pertubuhan politik Melayu - KMM H/C : Pertubuhan politik ini ialah sebuah perkumpulan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan tanah air tanpa bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Keadaan inilah yang telah mencetuskan sikap antipenjajahan, F2 : Kekuasaan politik dikuasai oleh Inggeris H/C :Penguasaan Inggeris dalam politik di Tanah Melayu bermula semenjak berlakunya perjanjian Pangkor pada tahun 1874, senario ini menyebabkan kekuasaan raja-raja Melayu mulai terbatas. F3 : Kekuasaan raja-raja Melayu terhad H/C : Penguasaan Inggeris telah mengakibatkan kekuasaan raja-raja Melayu hanya terhad pada urusan yang bersangkutan dengan agama dan adat resam orang Melayu sahaja. Situasi ini, menyebabkan orang-orang Inggeris lebih berkuasa. F4 : Inggeris tidak berusaha memajukan orang Melayu H/C : Inggeris yang menguasai politik di Tanah Melayu, tidak mempedulikan orang Melayu, orang Melayu dipinggirkan serta Inggeris hanya mahu mengejar keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang-orang Melayu yang terus dibelenggu dengan kemiskinan. F5 : Inggeris menindas orang Melayu-ekonomi H/C : Inggeris terus menindas orang Melayu dalam segala aspek dan lapangan, sama ada dalam bidang ekonomi, pelajaran dan politik. Keadaan inilah yang menyebabkan timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang Inggeris hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang Melayu. F6 : Kedatangan kaum pendatang serta aktiviti mereka H/C : Kehadiran kaum imigran akibat daripada pintu terbuka kaum penjajah semakin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu. Ini adalah kerana aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk membolot kekayaan Tanah Melayu. Senario ini memberi kesan kepada kedudukan ekonomi orang Melayu. c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12] Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah. H/C :Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941) Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air H/C :Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu.Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16 Mei 1941) Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa. H/C :Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan. Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai. Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah H/C :Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu.Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun. Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941) Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke Syurga Oleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10 Ogos 1940) Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu H/C :Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu. Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj. Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu. Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang. H/C :Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah menyebabkan timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan cerpen “Awang Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama dan akhirnya berjaya menyaingi Kedai Ah Kau. Fakta 7: Membela nasib bangsa dan Negara. Huraian/Contoh: Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan Negara.

SOALAN 7

(a) Nyatakan akhbar dan majalah yang membicarakan isu politik dan kesedaran kebangsaan dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. 1. Warta Ahad (1 markah) 2. Majlis (1 markah) 3. Warta Jenaka (1 markah) 4. Majalah Cerita (1 markah) 5. Warta Malaya (1 markah) 6. Kehidupan Dunia Akhirat (1 markah) 7. Warta Ahad (1 markah) 8. Utusan Zaman (1 markah) 9. Majlis (1 markah) 10. Lembaga Malaya (1 markah) 5 isi 1 isi = 1 markah 5 isi x 1 markah = 5 markah (5 markah) (b) Berikan dua tokoh penulis dan hasil karya mereka dalam genre cerpen yang membicarakan isu politik dan kesedaran kebangsaan . Fakta 1: Ishak Haji Muhamad (2 markah) Fakta 2: i. Anak Dibuat Denak (Warta Malaya 3 Disember 1936) (2 markah) ii. Macam Gergaji Dua Mata (Warta Ahad, 5 Jun – 19 Jun 1938) (2 markah) iii. Istana Berembun (Warta Ahad, 3 April – 10 April 1938)(2 markah) iv. Hujan Emas di Negeri Orang (Semangat Asia, Februari 1943) (2 markah) Fakta 3: Abd. Rahim Kajai (2 markah) Fakta 4: i. Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan (Utusan Zaman Mei 1941) (2 markah) ii. Cerita Awang Putat (Utusan Zaman Nov 1941) (2 markah) iii. 4 isi 1 isi = 2 markah 4 isi x 2 markah = 8 markah (8 markah) (c) Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan isu politik dan kesedaran kebangsaan dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah. Huraian/Contoh: Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941) Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air Huraian/Contoh: Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu. Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman , 15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16 Mei 1941) Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa. Huraian/Contoh: Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan. Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai. Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah Huraian/Contoh: Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu. Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun. Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941) Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke Syurga Oleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10 Ogos 1940) Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu Huraian/Contoh: Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu. Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj. Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu. Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang. Huraian/Contoh: Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah menyebabkan timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan cerpen “Awang Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama dan akhirnya berjaya menyaingi Kedai Ah Kau. Fakta 7: Membela nasib bangsa dan Negara. Huraian/Contoh: Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan Negara.