SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

14 Ogos, 2011

SOALAN 8

Persoalan tentang nasionalisme orang Melayu misalnya telah menjadi perbincangan hebat dalam tema cerpen-cerpen sebelum perang ini,dan menurut Hashim Awang, hal ini lebih ketara setelah pertubuhan politik Melayu berkembang subur. Berdasarkan petikan di atas, a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 4 ] b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ] c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12] Skema Pemarkahan: a). Berikan dua golongan penulis dan dua nama tokoh yang terlibat dalam memperkatakan persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. dua golongan penulis i. Golongan penulis guru 1 markah ii. Golongan penulis wartawan 1 markah dua nama tokoh i. Muhammad Yassin Maamor 1 markah ii. Ishak Hj.Muhammad 1 markah iii. Ab. Rahim Kajai 1 markah (lain-lain jawapan yang signifikan juga diterima) b). Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen sebelum perang. [ 9 ] F1 : Pertubuhan politik Melayu - KMM H/C : Pertubuhan politik ini ialah sebuah perkumpulan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan tanah air tanpa bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Keadaan inilah yang telah mencetuskan sikap antipenjajahan, F2 : Kekuasaan politik dikuasai oleh Inggeris H/C :Penguasaan Inggeris dalam politik di Tanah Melayu bermula semenjak berlakunya perjanjian Pangkor pada tahun 1874, senario ini menyebabkan kekuasaan raja-raja Melayu mulai terbatas. F3 : Kekuasaan raja-raja Melayu terhad H/C : Penguasaan Inggeris telah mengakibatkan kekuasaan raja-raja Melayu hanya terhad pada urusan yang bersangkutan dengan agama dan adat resam orang Melayu sahaja. Situasi ini, menyebabkan orang-orang Inggeris lebih berkuasa. F4 : Inggeris tidak berusaha memajukan orang Melayu H/C : Inggeris yang menguasai politik di Tanah Melayu, tidak mempedulikan orang Melayu, orang Melayu dipinggirkan serta Inggeris hanya mahu mengejar keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang-orang Melayu yang terus dibelenggu dengan kemiskinan. F5 : Inggeris menindas orang Melayu-ekonomi H/C : Inggeris terus menindas orang Melayu dalam segala aspek dan lapangan, sama ada dalam bidang ekonomi, pelajaran dan politik. Keadaan inilah yang menyebabkan timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang Inggeris hanya mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan nasib orang Melayu. F6 : Kedatangan kaum pendatang serta aktiviti mereka H/C : Kehadiran kaum imigran akibat daripada pintu terbuka kaum penjajah semakin menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu. Ini adalah kerana aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk membolot kekayaan Tanah Melayu. Senario ini memberi kesan kepada kedudukan ekonomi orang Melayu. c). Huraikan dengan memberikan contoh empat persoalan nasionalisme dalam cerpen-cerpen Melayu sebelum perang. [12] Fakta 1: Sikap yang anti / bencikan penjajah. H/C :Persoalan ini dilahirkan dengan tidak begitu tegas dan ianyan dinyatakan dalam bentuk sindiran yang tajam khususnya kepada penjajah Inggeris. Sikap anti penjajah dikemukakan dengan jelas dan berani seperti dalam cerpen yang ditulis oleh Ishak Hj. Muhamma yang bertajuk “Rumah Besar Tiang Sebatang”. Beliau dengan berani memperkatakan tentang “Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941) Fakta 2: Keinginan hendak membebaskan / memerdekakan tanah air H/C :Rasa benci kepada penjajah dan perasaan tidak puashati telah mencetuskan keinginan yang kuat untuk membebaskan / memerdekakan tanah air dari belenggu penjajah. Persoalan ini dapat ditelusuri menerusi cerpen “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu.Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16 Mei 1941) Fakta 3: Kritikan terhadap golongan pembesar-pembesar Melayu yang mengkhianati bangsa. H/C :Kebencian terhadap para pembesar Melayu yang mementingkan kepentingan peribadi dengan mengutamakan nafsu serakah sehingga sanggup menggadaikan maruah diri dan tanah air. Hal ini pernah di sebut oleh Shamsuddin Salleh dalam cerpennya yang bertajuk “ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia”- Utusan Zaman 1 Jun 1940- yang memperkatakan golongan pembesar Melayu yang sanggup memberi peluang kepada pendatang sedangkan anak bangsa diketepikan. Contoh lain: Istana Berembun – Ishak Hj. Muhammad Buang Bangsa Buang Harta Keranamu Tuan Cerita Awang Putat- oleh Abd. Rahim Kajai. Fakta 4: Seruan untuk bersatu padu untuk menyingkirkan penjajah H/C :Seruan semangat nasionalisme yang dilakukan melalui tulisan di akhbar dan majalah agar semua bangsa Melayu bersatu padu bagi menyingkirkan penjajah dari Tanah Melayu.Contoh cerpen yang mengemukakana persoalan ini ialah cerpen yang bertajuk “ Nasib Pengarang Muda” oleh Muhammad Yassin Maamor yang menceritakan tentang Ajmain seorang nasionalis yang giat menulis tentang semangat kebangsaan orang-orang Melayu dan dia kemudian dihukum buang negeri ke Hong Kong selama 10 tahun. Contoh Lain: Bintang Kemajuan Menyuluh di Kampung Johol Oleh: Ababa Teruna ( Warta Ahad 27 April – 4 Mei 1941) Dari Perangkap Ke Penjara, Kemudian Lalu ke Syurga Oleh: Ishak Hj. Muhammad ( Utusan Zaman 13 Julai – 10 Ogos 1940) Fakta 5: Ancaman dalam bidang ekonomi yang boleh mengugat orang Melayu H/C :Orang Melayu turut rasa terancam dalam aspek ekonomi kedatangan dan aktiviti orang bukan Melayu yang dibawa masuk oleh penjajah turut mengoyahkan orang Melayu. Ancaman ekonomi ini dengan berani dan lantang telah disuarakan oleh Ishak Hj. Muhammad menerusi cerpennnya yang bertajuk “Dolly Bidadari Shanghai” Utusan Zaman 24 Ogos – 21 September 1940. yang mengisahkan watak Dolly yang telah menjadi alat orang-orang Cina untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu menerusi para pembesar Melayu yang dungu. Fakta 6: Kesedaran tentang kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang. H/C :Kemunduran dan kemerosotan orang Melayu dalam pelbagai bidang telah menyebabkan timbulnya kekecewaan di kalangan nasionalis, lantas kesedaran kebangsaan dan politik mulai disuarakan dengan lantang . Cerpen “Tengku Achar Diraja Paku Alam” oleh Abu Bakar Ali ( Warta Ahad 17 -24 Mac 1940) dan cerpen “Awang Putat” oleh Rahim Kajai (Utusan Zaman 1 – 8 November 1940) Dalam cerpen Awang Putat yang mengisahkan Awang Putat yang berjaya menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama dan akhirnya berjaya menyaingi Kedai Ah Kau. Fakta 7: Membela nasib bangsa dan Negara. Huraian/Contoh: Sikap penjajah yang membelakangkan orang Melayu dan lebih mengutamakan golongan pendatang menyebabkan ramai orang Melayu yang kecewa dan patah hati dengan penjajah. Kekecewaan itu membuatkan mereka berazam untuk membela nasib bangsa dan Negara. Cerpen “Disini Kita Bukannya Orang Dagang” karya Ishak Hj.Muhammad yang mengisahkan Ramli yang telah merantau kerana kecewa dengan penjajah akhirnya kembali semula ke tanah air untuk menyatupadukan anak bangsa bagi membela nasib bangsa dan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan