SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

14 Ogos, 2011

SOALAN 6

Bincangkan persoalan emasipasi wanita dalam novel-novel sebelum perang. [25] (Soalan percubaan negeri Melaka tahun 2004) Fakta Huraian Contoh 1. Keinginan kaum wanita untuk mendapat kebebasan sosial Kebebasan bergaul, bercakap bersuara serta menyertai masyarakat dalam kerja-kerja amal di luar rumah 1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi 2. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu 2.Keinginan untuk mendapat hak yang sama rata dengan kaum lelaki Golongan wanita mahu mereka diberi hak sama dengan lelaki tidak lagi hanya berada di rumah 1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi 2. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu 3. Keinginan kaum wanita untuk menentukan jodoh sendiri Golongan wanita juga mahu mereka diberi peluang untuk menentukan pasangan hidup sendiri 1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi 2. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu 4.Menentang perkahwinan paksa di kalangan anak gadis Perkahwinan paksa turut diberi perhatian kerana ianya memberi kesan kepada kehidupan wanita. 1.Bidadari Tanah Melayu oleh Raja Mansur 2.Senyuman Pemuda oleh Muhammad Isa Mahmud 5. Keinginan kaum wanita diberi peluang untuk menerima pelajaran & pendidikan Golongan wanita mahu mereka juga diberi peluang untuk mendapat pelajaran dan pendidikan sehingga ke peringkat yang paling tinggi setaraf dengan lelaki 1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi 2. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu 6. Keinginan kaum wanita untuk berganding bahu dengankaum lelaki membantu membangunkan negara Wanita juga berhasrat menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi membangunkan negara 1. Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh Al-Hadi -Faridah telah menderma sebahagian hartanya untuk tujuan pembiayaan pembinaan sekolah kanak-kanak perempuan 7. Kekuatan dan keazaman kaum wanita dalam menempuhi kehidupan moden Wanita juga bersedia menghadapi kehidupan moden yang penuh dugaan dan cabaran. 1. Iakah Salmah? oleh Ahmad Rasyid Talu -Watak Salmah yang dicemuh masyarakat kerana telah menerima cara hidup moden melalui pergaulan dan caranya berpakaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan