SELAMAT DATANG

KELUARGAKU

14 Ogos, 2011

Soalan 1

Contoh Soalan 1: Ditinjau dari persefektif sejarah, ternyata Abdullah Munsyi mencipta zamannya sendiri dalam konteks kesusasteraan Melayu Moden. Abdullah Munsyi diiktiraf sebagai pelopor sastera Melayu moden. Berdasarkan kenyataan tersebut huraikan, a. Latarbelakang beliau [ 6] b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri. [10] c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya. [ 9] Cadangan Skema Jawapan: a. Latar belakang Abdullah Munsyi. Fakta 1: Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Fakta 2: Beliau telah dilahirkan pada tahun 1796, di kampung Pali Melaka. Fakta 3: Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil lagi. Fakta 4: Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India. Fakta 5: Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan Jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya. Fakta 6: Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris. Fakta 7: Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles Fakta 8: Beliau juga pernah membantu paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Fakta 9: Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India. Fakta 10: Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England. Fakta 11: Meninggal dunia pada usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah. Taburan Markah: Pilih mana-mana 5 fakta sahaja. 1 isi = 1 markah (5 isi x 1 markah = 5 markah) b. Faktor-faktor yang mendorong beliau mencipta zamannya sendiri Fakta 1: Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu. Huraian/Contoh: Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur. Fakta 2: Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat. Huraian/Contoh: Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838). Fakta 3: Faktor pergaulan dengan orang-orang barat. Huraian/Contoh: Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang di bawa oleh orang-orang barat. Beliau pernah menjadi jurutulis kepada Sir Stamford Raffeles dan pernah bekerja dengan Paderi Thomson yang merupakan pengetua Anglo-Chinese College. Fakta 4: Faktor pendidikan yang diterima sejak dari awal lagi. Huraian/Contoh:Sejak kecil lagi beliau telah diberi pendedahan tentang pendidikan sama ada pendidikan agama mahu pendidikan dunia yang berupa tatabahasa Melayu. Beliau telah menguasai dan khatam Al-Quran seawal usia 7 tahun kemudian beliau mula menjadi guru bahasa Melayu seawal usianya 14 tahun. Fakta 5: Faktor keturunan dan latar belakang keluarganya Huraian/Contoh: Beliau dilahirkan hasil perkahwinan campur antar bapanya yang berketurunan arab dan ibunya berketurunan India. Ayahnya tergolong dalam kelompok ilmuwan dan intelek(guru agama, guru bahasa dan juga seorang pedagang) didikan yang berteraskan ketegasan dalam ilmu telah banyak membantu Abdullah menjadi orang yang berpengetahuan dan mencipta zamannya sendiri dengan membawa banyak perubahan dan pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu. Fakta 6: Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis. Huraian/Contoh: beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838) membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam zamannya sendiri. Fakta 7: Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan feudal seperti dalam Hikayat Abdullah. Fakta 8: Faktor penyebaran agama kristian. Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college. Taburan markah: 1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/contoh) 5 isi x 2 markah = 10 markah. c. Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya. Fakta 1: Sikap dan pemikirannya terhadap Bahasa Melayu. Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang dtulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu. Fakta 2: Sikap dan Pemikirannya terhadap ilmu-ilmu lain. Huraian/Contoh: Kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikiranya terhadap ilmu-ilmu lain yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk bumi, gerhana dan ilmu kira-kira. Fakta 3: Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu. Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah yang jelasnya bukan orang Melayu tulen maka tidak hairanlah dia dengan begitu berani mengkritik orang-orang Melayu. Sikap dan pemikirannya terhadap orang Melayu jelas apabila dia tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah yang betapa bodohnya orang Melayu kerana tidak mahu mempelajari bahasa sendiri. Fakta 4: Sikap dan pemikirannya terhadap cara hidup orang Melayu. Huraian/Contoh: Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lalai dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau juga turut memuji sikap rajin perempuan kelantan rajin menjalankan perniagaan. Fakta 5: Sikap dan pemikirannya terhadap golongan feudal / bangsawan / raja Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi menunjukkan sikap benci dan menganggap budaya raja-raja Melayu sebagai kolot. Beliau menganggap raja-raja Melayu zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dihalang atau dilarang jika tidak buruk padahnya. Sikap danpemikirannya yang bencikan golongan jelas melalui gambaran betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah Munsyi seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan gemuk dan kuat makan. Fakta 6: Sikap dan pemikirannya terhadap kepercayaan orang Melayu. Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara yang tahyul. beliau beranggapan perkara itu karut dan sewajarnya tidak diikuti ini adalah kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu . Ini dapat dilihat penentangannya terhadap adat menjual anak seperti yang dinyatakan dalam Hikayat Abdullah. Fakta 7: Sikap dan pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat. Huraian/Contoh: Abdullah menghargai dan mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakannya membawa pengetahuan dan kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau seperti dalam Hikayat Abdullah, beliau sangat kagum dengan Tuan Raffles yang rajin. Taburan Markah: 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakata dan 2 markah Huraian/Contoh) Perlu 3 isi x 3 markah = 9 markah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan